Sabtu, 22 September 2012

UDANG MASAK LEMAK CILI API

Bahan:
1 kg udang
Semangkuk kacang panjang yang dah dipotong serong
(Kalau tanak kacang panjang, nenas pun boleh...lagi sedap)
2 batang serai titik
Semangkuk kecil cili api dimesen
1 in kunyit basah dimesen
1 keping asam keping
Semangkuk santan pekat
Secukup garam sebagai perasa

Cara:
1. Masakkn santan, cili api dan kunyit sampai mendidih. Masukkan serai ketuk.
2. Masukkan kacang panjang, biar sekejap, masukkan udang. Masukkan asam keping dan garam.
3. Pastikan udang dah bertukar warna kemerahan dan masak lagi 2 minit.
4. Tutup api dan hidangkan.


Mihun Goreng Sempoi

Bahan:
1/2 peket mihun direndam
Sedikit sawi..potong
Sedikit karot..potong spt mancis
Sedikit udang basah
Garam secukup rasa

Bahan mesen:
6 helai cili kering rendam
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Cara:
1. Tumis bahan mesen hingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan sawi. Kacau lagi. Masukkan garam secukupnya
3. Masukkan mihun dan karot..kacau hingga bahan tumis sebati dgn mihun.
4. Kalau nampak macam kering dan mihun masih keras, masukkan sedikit air dan kacau hingga mihun lembut.
5. Bila dah puas hati lembut, tutup api dan hidangkan.


Sambal Hati & Tempe

Bahan:
1 bungkus tempe..potong dan goreng
1/4kg hati lembu ..potong kecil dan goreng

Bahan tumis:
3 biji bawang besar
2 ulas bawng putih
Sedikit lengkuas
2 batang serai ketuk
Sedikit belacan
(Blend semua kecuali serai)

Cara:
1. Tumis bahan2 mesen dan serai.
2. Masukkan hati dan goreng sampai dekat2 nak kering.
3. Masukkan garam dan gaul.
4. Maukkan tempe dan kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.


Jumaat, 21 September 2012

Oh my day......!!!!

Harini Onie cuti..so, apa lagi, mula la melestarikan nafsu makan yg bila waktu kerja terpaksa dipendamkan lantaran waktu kerja yg pack dan kepenatn bila balik kerja tu. Jadi, hari cuti adalh hari yang Onie akan melampiaskan semahu2nya keinginan makan itu dan ini. Minggu ni..mmg otak Onie terfikir2 kan rendang daging. Maka Onie pagi2 lagi dh ke pasar mencari bahan, siap beli untuk esok sekali. Last week...Onie buat nasi beriyani, ayam masak merah dan dalca. Puas hati Onie sebab dapat yg Onie ingin...ehehe....
Sebenarnya, selain dari buat roti canai tadi, Onie bercita2 nak buat kuih seri muka. Tapi oleh kerana banyaknya makanan..mka Onie tangguhkan ke esok hari jela. Onie buat roti canai pun ada cerita disebaliknya.......kakak aisyah seorang arkitek di kelang, selalu text Onie bertanya khbar. Kami mmg baik..walaupun baru jumpa sekali....gila2 jugak mcm Onie, mungkin tu yang buat senang nak bersembang. Nak dijadikan ceritanya, kak aisyah ajak buat rotti canai...pastu janji uploadkan supaya boleh tengok hasilnya......mula2 tu Onie cakap, ala...beli jela...bukan banyak nak makan pun. Kak aisyah kate...ala...beli tu selalunya akan guna minyak yang dikitar semula (ricycle)...telur pun tak berbasuh...adoiiii....langsung Onie jadi setuju nak buat! Anyway..thanks kak aisyah...bcoz of u...i buat roti canai sendiri...tamo beli dah!




RENDANG HATI

Bahan:
1/2 kg hati lembu hiris nipis (jgn nipis sngt..nanti keras)
Semangkuk kecil cili api dimesen
1 inci kunyit hidup
6 keping daun limau purut dihiris halus @ daun kunyit
Semangkuk santan pekat
4 batang srai ketuk
1 inci lengkuas dimesen
Garam secukup rasa
1 asam keping
Cara:
1. Masukkan santan, cili api, kunyit dan masak sekejp.
2. Msukkan hati, masak sampai dekat2 nak kering.
3. Masukkan daun limau dan asam keping.
4. Msak sehingga yg dikehendaki prkatnya, atau keringkan.

DENDENG DAGING

1/2 kg daging
Cili kering rendm dan mesen..kalo nak pedas, byk kn sikit atau tambah cili api
2 sudu serbuk jintn manis
2 sudu serbuk jintan putih
2 sudu serbuk ketumbar
1 inci lengkuas mesen dgn cili
1 inci halia pun mesen kan sekali
7 ulas bwg merah mesen
4 ulas bwg putih mesen
1/2 keping gula anau
Sedikit air asam jawa
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis
Serai ketuk
3 sudu kicap pekat
Garam secukup rasa
Cara:
1. Hiris daging ketul2 sederhana besarnya, rebus sampai empuk, hiris nipis2, pastu tumbuk sikit.
2. Perap dagong dgn kicap dan serbuk2 rempah. Biarkan lebih kurang 1 jam.
3. Tumis bahan mesen dan serai. Tumis sampai wangi dan garing, api perlahan.
4. Masukkan daging, aor asam, gula anau..., masak sampai kering sebab nak simpan lama. Tahan sebab x guna santan.

Roti Canai

Bahan-bahan:
500gm tepung superfine
250ml air
1 biji telur
1 sudu majarin
1/2 horlicks
1/2 sudu garam
1 sudu susu pekat
Minyak yg cukup
Masa yg cukup...o_O
Cara:
1. Masukkan tepung dalam bekas yg sesuai. Buat lubang tengah tepung dan pecahkan telur.
2. Gaul sebati.
3. Masukkan majerin dan gaul sebati lagi.
4.  Air dicampur dgn horlicks, susu dan garam.
5. Gaul hingga jadi doh..kalau macam keras je, tambah air sikit2 je.
6. Bahagikan kpd bebola kecil. Rahatkan dan lumur dgn majerin atas bebola tu, biarkan.
7. Tutup bekas dgn kain lembasb daan rhtkan 1@2jam.
8. Lepas cukup tempoh rehat, uli lagi satu persatu bebola tu.
9. Rehatkan lagi dan 'mandikan' dgn minyak.
10. Cukup tempoh, goreng roti ni...kalau tatau tebar, jgn susah hati...tarik-tarik je hingga nipis.
11. Goreng.....hidangkan!

Khamis, 20 September 2012

Mushroom soup

Bahan-bahan:
1 sudu butter (untuk menumis)
500ml susu segar (onie gune yg kotak tu)
1liter air
1/2 cawan tepung di campur dengan 1 cawan air ( tujuan untuk pekatkan soup)
1 tin cendawan hiris
1 keping dada aym hiris
1@2kiub pati ayam
1/2 biji bawang holland potong dadu

Cara:
1. panaskan butter tumis bawang holland.
2. masukkan dada ayam dan tumis kemudian masukkan air dan susu. masukkan kiub pati ayam.
3. masukkan tepung yang dibancuh dulu dengan air. masukkan juga cendawan.
4. kalau dah cukup sesuai pekat, tutup api.