Selasa, 24 Julai 2012

Almond London

BAHAN2NYA

250GM MENTEGA 80GM GULA ICING
100GM BADAM KISAR
350GM TEPUNG GANDUM-DIAYAK(RESEPI ASAL MENGGUNAKAN TEPUNG HONG KONG…SO BOLE PILIH MANA NAK GUNA EK)
60G TEPUNG BERAS-DIAYAK
1 SUDU TEH VANILLA
SECUKUP ALMOND DIBAKAR
SECUKUP CHOCOLATE & CHOCOLATE PUTIH (IKUT SUKA)DICAIRKAN
SECUKUP CHOCOLATE RICE & KACANG (UNTUK DITABUR DIATAS COKLAT)


Cara :
1. PUKUL MENTEGA,GULA ICING,VANILLASEHINGGA KEMBANG DAN PUTIH.

2. MASUKKAN BADAM SERBUK,TEPUNG GANDUM DAN TEPUNG BERAS.GAUL SAMPAI RATA. SEKIRANYA ADUNAN LEBIK BOLE DITAMBAH TEPUNG GANSUM SEDIKIT LAGI.

3. BULAT2KAN ADUNAN DAN LETAK ALMOND YG TELAH DIBAKAR TADI KEDALAMNYA. BUAT SAMPAI HABIS.

4. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. PASTIKAN BISKUT NI MASAK KEKUNINGAN. KALAU MASIH PUTIH BIARKAN LAMA SEDIKIT TAPI JGN SAMPAI HANGUS RENTUNG LAK EK MUAHAHAH. SETELAH MASAK DISEJUKKAN DULU.
 

Paste Masakan Paprik

Ramadan ke 5 .... Onie buat paste untuk masakan paprik supaya senang bila Onie nak masak je Onie boleh ceduk je. Macam mana buat tu???

Bahan :
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segenggam cili kering direndam
segenggam cili api
1 biji lobak merah
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
2 sudu kecil garam

Cara :
Onie blend semua bahan dan Onie masak hingga betul-betul kering. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti ais. Bila nak masak, ceduk 1 sudu ke dalam masakan, pastu tambah sos cili, kicap, daun limau purut, serai ketul. Kalau nak buat daging paprik...warnakan dengan pewarna merah daging tu..goreng dulu pastu tambah je dengan sayur-sayur yang disukai.

Rabu, 11 Julai 2012

Cokodok Pisang

Hari ini Onie dapat pisang, ada rakan guru bawak so dapat la Onie buat cokodok harini. Biasa memang rakan guru yang bertanaman dan berbuah mesti bwak ke sekolah agih-agih pada kawan-kawan. Alhamdulillah semoga murah rezeki rakan guru Onie ni..amin!! So seperti biasa, Onie catatkan resipi mudah ini untuk semua yang Onie sayang. 

Bahan :
beberapa biji pisang masak (manis)
secubit soda bikarbonat
1/2 cawan gula perang
2 sudu besar gula pasir
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara :
1. Blend Pisang dengan gula sampai halus.
2. Campurkan tepung, soda, susu tepung bersama-sama bahan yagn diblend tadi dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
3. biarkan lebih kurang 1 jam, tak perlu masuk dalam peti ais.
4. goreng macam goreng cokodok yang lain-lainnya.
5. toskan dan hidang.

Isnin, 9 Julai 2012

Cokodok Kentang Vavavooommm...

Ehehehe.....semalam Onie buat cokodok kentang..pergh memang mantop Onie nak cite sini sebab rasa dia memang sedap. Sini Onie nak kongsi resipinya. Gambar takde la sebab rupa diasama la macam cokodok yang biasa tu.....tak payah la yek..yekkk...yek..!

Bahan-bahan :
1 cawan kentang direbus - mesen
1/2 cawan ikan bilis - mesen
1/2 biji bawang besar - mesen
2 biji bawang putih - mesen
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air
sedikit garam (biar cukup rasa)
daun bawang dimayang2
minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara :
1. Campur je semua bahan yang dimesen sebati.
2. panaskan minyak, goreng cokodok macam biasa.
3. hidang dengan sos kacang atau sos bijan......

Ahad, 8 Julai 2012

Popia Goreng dan Sos Kacang

Hari ni Onie buat popia goreng. Terasa benar teringin sebab dah lama tak buat. Tak banyak bahan pun nak realisasikan selera Onie ni....


Okey yek...Onie nyata dulu bahan-bahannya :

Kulit Popia secukupnya (boleh beli kat pasaraya)

Bahan Inti :
1 biji sengkuang - potong mcm batang mancis
1 batang lobak merah - potong sama mcm sengkuang
5 urat kacang panjang - potong kecil2 (Onie x letak ni sebab masa beli tu dah habis)
1 kiub bilis knor atau maggi atau apa-apa je
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu serbuk lada hitam
segenggam cendawan shitake - rendam dulu (pastikan dah potong nipis2)
2 sudu minyak masak utk menumis
3 sudu bawang goreng
garam secukup rasa

Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang goreng. Masukkan cendawan shitake. kacau-kacau hingga rata.
2. masukkan garam dan bahan-bahan sayur tadi. Kacau rata-rata.
3. percikkan serbuk ikan bilis rata-rata. kacau lagi.
4. masukkan lada hitam serbuk, masak sampai layu.
5. tutup api, angkat dan sejukkan dulu sebelum dibungkus dengan kulit popia.

SOS KACANG
Bahan :
10 helai cili kering rendam dan mesen (Onie campur sikit dengan cili api ~ biar podeh)
2 ilas bawang putih mesen dgn cili
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
1/4 cawan cuka
3 sudu besar cili sos
serbuk kacang @ bijan yang disanrai tterlebih dulu

Cara : Masak semua bahan kecuali serbuk kacang@bijan. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Masa nak hidang, tabur serbuk kacang.
Cecah dengan popiah sedap sangat.....


Khamis, 5 Julai 2012

Ikan Masak Kicap

Assalamualaikum...Onie kembali bersiaran ni setelah beberapa hari tak berpeluang sebab Onie berkursus di Institut Aminudin Baki Cawangan Utara(Jitra) selama 3 hari. Tajuk Kursus Onie tu ialah Penyelidikan Pendidikan ~ Onie memang amat perlukan kursus tu sebab Onie study so boleh la Onie apply dalam pengajian Onie ni. Memang penat sangat 3 hari tu, walaupun duduk dalam tempat sejuk ber air cond, namun otak Onie penat bekerja sebabnya Onie memang fokus dan tak benarkan mata Onie ni lelap. Time Onie terlelap ialah masa Onie menaip tugasan jela...kawan onie pun tergelak sebab sempat je Onie tersengguk-sengguk....

Balik pada cerita hari ni, Onie sarapan ringkas saja..beli je roti canai sebab lebih mudah. Lagipun Onie tinggal dengan Fahim je. 2 keping untuk 2 orang cukup sangat. Tapi as usual la..bila beli Onie tak berapa berkenan. Kalau buat sendiri, tak sedap pun boleh terima juga tekak ni. Onie tak nak cerita lebih pasal roti canai yang keras tu...cukup kalau Onie kata, boleh la mengalas perut....

Tengahari Onie masak Tenggiri Masak Kicap.


Biasanya, orang masak kicap untuk ikan tenggiri atau ikan kembung aka ikan termenung je. Ada juga yang gunakan ikan selar, tapi Onie tak berapa minat mungkin sebab ikan selar ni selain pada Onie sedikit hanyir, juga ikannya bila digoreng tekstur tu macam liat sikit. Tenggiri pun yang Onie tau ada beberapa jenis. Ada 2 saja yang Onie tau iaitu Tenggiri batang dan Tenggiri Papan. Tenggiri batang ni kalau nak kenal, kita boleh tengok bentuk nya ikannya yang bulat-bulat penuh isi. Onie paling suka tenggiri batang ni, kalau buat masal lemak cili api atau masak kari memang 1st class la. Tenggiri papan pulak, kalau nak kenal, isi ikan tu macam leper sikit...macam papan lakan...tenggiri jenis ni Onie tak berapa suka sebab compared tenggiri batang dan tenggiri papan, isi ikan tenggiri batang lebih manis. Tapi, tenggiri batang memang mahal di pasaran. Lupa la Onie nak rakam rupa tenggiri-tenggi yang Onie maksudkan tu. Takpe..lain kali Onie ambil gambarnye ye..

Kali ni oleh kerana Onie dibelikan oleh atuk tenggiri papan, so Onie guna je tenggiri ni buat masak kicap.
Nak ressipi yekk??? Boleh..boleh....Onie memang masukkan resipi-resipi mudah supaya cucu-cucu Onie boleh cuba dan rasa suka nak masak.


Ikan Masak Kicap
Bahan-bahan:
ikan tenggiri @ ikan kembung secukupnya (dibersihkan dan digoreng hingga garing)
3 labu bawang besar di potong bulat
2 ulas bawang putih - mesen
10 helai cili kering - rendam dan mesen
1 inci halia - mesen
1/2 cawan kicap pekat
2 sudu sos tiram (campur dlm kicap)
2 sudu  besarserbuk lada hitam (campur dalam kicap)
2 sudu kecil serbuk kayu manis (campur dalam kicap)
sebiji lada merah - hiris
2 btg daun sup mayang halus
sedikit minyak untuk menumis 

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan mesen hingga garing.
2. masukkan kicap dan perlahankan api, masukkan ikan.
3. mesrakan ikan dan kicap, masukkan bawang besar dan lada merah.
4. kacau rata, tutup api.
5. hidang dan taburkan dengan daun sup.