Selasa, 24 Julai 2012

Paste Masakan Paprik

Ramadan ke 5 .... Onie buat paste untuk masakan paprik supaya senang bila Onie nak masak je Onie boleh ceduk je. Macam mana buat tu???

Bahan :
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segenggam cili kering direndam
segenggam cili api
1 biji lobak merah
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
2 sudu kecil garam

Cara :
Onie blend semua bahan dan Onie masak hingga betul-betul kering. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti ais. Bila nak masak, ceduk 1 sudu ke dalam masakan, pastu tambah sos cili, kicap, daun limau purut, serai ketul. Kalau nak buat daging paprik...warnakan dengan pewarna merah daging tu..goreng dulu pastu tambah je dengan sayur-sayur yang disukai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan