Khamis, 5 Julai 2012

Ikan Masak Kicap

Assalamualaikum...Onie kembali bersiaran ni setelah beberapa hari tak berpeluang sebab Onie berkursus di Institut Aminudin Baki Cawangan Utara(Jitra) selama 3 hari. Tajuk Kursus Onie tu ialah Penyelidikan Pendidikan ~ Onie memang amat perlukan kursus tu sebab Onie study so boleh la Onie apply dalam pengajian Onie ni. Memang penat sangat 3 hari tu, walaupun duduk dalam tempat sejuk ber air cond, namun otak Onie penat bekerja sebabnya Onie memang fokus dan tak benarkan mata Onie ni lelap. Time Onie terlelap ialah masa Onie menaip tugasan jela...kawan onie pun tergelak sebab sempat je Onie tersengguk-sengguk....

Balik pada cerita hari ni, Onie sarapan ringkas saja..beli je roti canai sebab lebih mudah. Lagipun Onie tinggal dengan Fahim je. 2 keping untuk 2 orang cukup sangat. Tapi as usual la..bila beli Onie tak berapa berkenan. Kalau buat sendiri, tak sedap pun boleh terima juga tekak ni. Onie tak nak cerita lebih pasal roti canai yang keras tu...cukup kalau Onie kata, boleh la mengalas perut....

Tengahari Onie masak Tenggiri Masak Kicap.


Biasanya, orang masak kicap untuk ikan tenggiri atau ikan kembung aka ikan termenung je. Ada juga yang gunakan ikan selar, tapi Onie tak berapa minat mungkin sebab ikan selar ni selain pada Onie sedikit hanyir, juga ikannya bila digoreng tekstur tu macam liat sikit. Tenggiri pun yang Onie tau ada beberapa jenis. Ada 2 saja yang Onie tau iaitu Tenggiri batang dan Tenggiri Papan. Tenggiri batang ni kalau nak kenal, kita boleh tengok bentuk nya ikannya yang bulat-bulat penuh isi. Onie paling suka tenggiri batang ni, kalau buat masal lemak cili api atau masak kari memang 1st class la. Tenggiri papan pulak, kalau nak kenal, isi ikan tu macam leper sikit...macam papan lakan...tenggiri jenis ni Onie tak berapa suka sebab compared tenggiri batang dan tenggiri papan, isi ikan tenggiri batang lebih manis. Tapi, tenggiri batang memang mahal di pasaran. Lupa la Onie nak rakam rupa tenggiri-tenggi yang Onie maksudkan tu. Takpe..lain kali Onie ambil gambarnye ye..

Kali ni oleh kerana Onie dibelikan oleh atuk tenggiri papan, so Onie guna je tenggiri ni buat masak kicap.
Nak ressipi yekk??? Boleh..boleh....Onie memang masukkan resipi-resipi mudah supaya cucu-cucu Onie boleh cuba dan rasa suka nak masak.


Ikan Masak Kicap
Bahan-bahan:
ikan tenggiri @ ikan kembung secukupnya (dibersihkan dan digoreng hingga garing)
3 labu bawang besar di potong bulat
2 ulas bawang putih - mesen
10 helai cili kering - rendam dan mesen
1 inci halia - mesen
1/2 cawan kicap pekat
2 sudu sos tiram (campur dlm kicap)
2 sudu  besarserbuk lada hitam (campur dalam kicap)
2 sudu kecil serbuk kayu manis (campur dalam kicap)
sebiji lada merah - hiris
2 btg daun sup mayang halus
sedikit minyak untuk menumis 

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan mesen hingga garing.
2. masukkan kicap dan perlahankan api, masukkan ikan.
3. mesrakan ikan dan kicap, masukkan bawang besar dan lada merah.
4. kacau rata, tutup api.
5. hidang dan taburkan dengan daun sup.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan