Ahad, 8 Julai 2012

Popia Goreng dan Sos Kacang

Hari ni Onie buat popia goreng. Terasa benar teringin sebab dah lama tak buat. Tak banyak bahan pun nak realisasikan selera Onie ni....


Okey yek...Onie nyata dulu bahan-bahannya :

Kulit Popia secukupnya (boleh beli kat pasaraya)

Bahan Inti :
1 biji sengkuang - potong mcm batang mancis
1 batang lobak merah - potong sama mcm sengkuang
5 urat kacang panjang - potong kecil2 (Onie x letak ni sebab masa beli tu dah habis)
1 kiub bilis knor atau maggi atau apa-apa je
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu serbuk lada hitam
segenggam cendawan shitake - rendam dulu (pastikan dah potong nipis2)
2 sudu minyak masak utk menumis
3 sudu bawang goreng
garam secukup rasa

Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang goreng. Masukkan cendawan shitake. kacau-kacau hingga rata.
2. masukkan garam dan bahan-bahan sayur tadi. Kacau rata-rata.
3. percikkan serbuk ikan bilis rata-rata. kacau lagi.
4. masukkan lada hitam serbuk, masak sampai layu.
5. tutup api, angkat dan sejukkan dulu sebelum dibungkus dengan kulit popia.

SOS KACANG
Bahan :
10 helai cili kering rendam dan mesen (Onie campur sikit dengan cili api ~ biar podeh)
2 ilas bawang putih mesen dgn cili
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
1/4 cawan cuka
3 sudu besar cili sos
serbuk kacang @ bijan yang disanrai tterlebih dulu

Cara : Masak semua bahan kecuali serbuk kacang@bijan. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Masa nak hidang, tabur serbuk kacang.
Cecah dengan popiah sedap sangat.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan