Jumaat, 21 September 2012

Roti Canai

Bahan-bahan:
500gm tepung superfine
250ml air
1 biji telur
1 sudu majarin
1/2 horlicks
1/2 sudu garam
1 sudu susu pekat
Minyak yg cukup
Masa yg cukup...o_O
Cara:
1. Masukkan tepung dalam bekas yg sesuai. Buat lubang tengah tepung dan pecahkan telur.
2. Gaul sebati.
3. Masukkan majerin dan gaul sebati lagi.
4.  Air dicampur dgn horlicks, susu dan garam.
5. Gaul hingga jadi doh..kalau macam keras je, tambah air sikit2 je.
6. Bahagikan kpd bebola kecil. Rahatkan dan lumur dgn majerin atas bebola tu, biarkan.
7. Tutup bekas dgn kain lembasb daan rhtkan 1@2jam.
8. Lepas cukup tempoh rehat, uli lagi satu persatu bebola tu.
9. Rehatkan lagi dan 'mandikan' dgn minyak.
10. Cukup tempoh, goreng roti ni...kalau tatau tebar, jgn susah hati...tarik-tarik je hingga nipis.
11. Goreng.....hidangkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan