Sabtu, 30 Jun 2012

Karipap Sardine

Cewahhhh......eja "Sardine" pulak...Mula-mula Onie nak type "Sardina"..tihihihi...Actually, inti sardine ni lebih-lebih Onie buat Sardine Roll (With bread...pastu coated with egg..pastu goreng) ehehhe...sesekali menyepiking lak Onie ni. Then, kat rumah ni..kalau buat camtu, Onie dan hubby je la yang melayannya. Buat 5 keping pun payah nak habis. Then, sardine pulak yang tin besar..meme le tak boleh nak abiskan. So, bagi mengelakkan dia beku dalam peti ais tu, Onie pun menginovasikannya ke arah lain. Onie nak buat karipap Sardine. Tambah-tambah, jiran Onie bagi kek sebagai balasan Onie bagi Kek kat dia semalam. So....Onie pun nak 'menjaatkan' diri...bagi karipap ni kat dia nanti......

Nila rupa kek yang tinggal 1 je lagi...dak Haziq berebut nak...Fahim belum merasa lagi, so Onie kena kawal selera Haziq (ehehe...tonat ehhh....), sian kat Fahim nak bagi dia pulak. Jiran Onie bagi 4 keping je..cukup-cukup je untuk rasa 1 sorang.


bukan main susah nak rakam wajah kek yang tinggal 1 ni...nak rebah-rebah, puas Onie tegak-tegakkan dia. Tengok je la yek....buat kenangan.

Nila Resipi Karipap Sardin
Bahan :
Inti sardin (digoreng dengan cili api,3 labu bawang dadu, bawang putih cincang, garam secukup rasa)

Bahan Pastri:
300 gm tepung
2 sudu butter sejuk...gaul dengan tepung sampai jadi serbuk roti.
sedikit air sejuk (ais) di gaul hingga jadi doh.

Nila rupa doh yang dah siap.
Pstikan doh tidak melekat pada tangan sebab yang melekat ditangan tu menyebabkan kulit lembik dan susah dicanai.

Ini pencetak yang Onie gunakan. Onie tak guna yang besar sangat, Onie suka yang comel-comel je, yang sederhana tu ok la......


Cara :
1. Canai doh nipis dan letakkan dalam pencetak karipap macam ni.

2. Masukkan inti sardin kemudian kepitkan. Jangan terlalu banyak inti untuk mengelakkan kulit terkoyak atau tak boleh nak dicantumkan, masa menggoreng nanti terkeluar pulak inti tu dalam minyak....


3. Buat sampai habis.

4. Goreng dengan minyak yang banyak sampai garing atau berubah warna coklat begini. Tips yang kita kena selalu ungat ialah, jangan goreng dengan minyak yang terlalu panas, biar api kecil saja supaya kulitnya garing. Selain dari itu, ia mengelakkan daripada kulit tu lepas goreng menggerutu.


5. Boleh lah dihidang, makan dan bagi kat jiran.
* Ingat ye....rajin bersedekah...Allah janji murah rezeki kita, percayalah.

Tapi..selalunya Onie akan buat banyak dan sebahagian Onie akan buat frozen, boleh simpan dan bila nak makan boleh goreng, so boleh makan panas-panas.
 Masa kita goreng tu, kita goreng sekejap je, tujuannya supaya pastri karipap tak melekat dan mudah diceraikan masa nak goreng. So warna kulit karipap yang half cook jangan sampai perang tau!..

Nasi Goreng Onie

Ni la nasi goreng yang Onie buat untuk sarapan. Ini jugalah nasi goreng yang Onie besarkan anak-anak Onie masa dia orang ni kecik-kecik dulu sebagai sarapan.


Simple je Nasi Goreng Onie ni. Antara bahan, ikan bilis, cili api, bawang besar, bawang putih ~ Onie tumbuk kasar. Sebiji lagi bawang besar (xde la besar sangat.) Onie mayangkan. Patu lada besar mayang. Panaskan minyak, Onie tumis dulu bawang besar mayang. biar je dia..jangan kacau sampai wangi. Masukkan cili merah, pastu Onie ketepikan kat kuali bahan tumis tu so kat tengah-tengah tu ada minyak dan Onie pecahkan 3 biji telur..biar dia mengeras sikit Onie masukkan 2 mangkuk nasi sejuk dan lobak merah yang Onie potong macam batang mancis. Onie kacau rata-rata sampai semua bersatu dan sebati. Selalu kena kacau biar semua nasi yang berketul-ketul akan sebati. Onie goreng dengan api yang besar. Bila Onie dah puas hati...boleh lah tutup api dan Onie bersarapan dengan nescafe kesukaan Onie.

Jumaat, 29 Jun 2012

Rendang Ayam Nogori

yang ni Rendang ayam Onie style Nogori


Rendang Ayam Nogori
Resipinya ialah ~

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (ayam kampung lebih sedap, bersihkan dan potong ikut suka) - kalau dapat ayam pencen lak sedap jugak hanya ayam pencen ni kena rebus lama sebab ayam pencen memang keras, tapi kalau jadi rendang memang sedap
3/4 kg santan pekat
1 cup kecil kerisik
5 helai daun kunyit - mayang halus
semangkuk cili api - mesen
segenggam cili kering, rendam dan mesen
 inci kunyit hidup - mesen dgn cili
1 inci lengkuas - mesen dengan cili
6 batang serai titik (jangan lupa potong ekor serai tu)
secukup garam

Cara-cara:
1. masukkan santan, cili mesen semua dengan lengkuas, kunyit hidup. masuk juga serai titik tadi, masak hingga didih.
2. masukkan ayam. masak hingga kering sedikit kuah, masukkan daun kunyit dan kerisik.
3. masak sampai kering dan jadi rendamg.

*tips - kalau ada daun puding, lagi sedap rendang ayam ni. memang cukup tradisional rendang ni kalau cukup dengan daun puding. lagi-lagi kalau daun punding tu garing (terlalu lama direndang). yang tak garing pun sedap jugak.
nanti kalau ada kesempatan Onie akan tunjukkan rupa daun puding ye.

Peria Goreng Rangup

And yang ni pulak, Peria aka Kambas Goreng Rangup yang menjadi feveret Onie. Kalau makan ada lauk lain-lain yang sedap, tetap Peria ni jugak yang sedap sangat kat Onie, and buat Onie bertambah-tambah makan.




Resipinya begini ~

Peria goreng rangup
bahan :
1/2 biji peria - potong nipis-nipis (rendam dalam air garam)




1  sudu kecil jintan manis (tumbuk)
 1 sudu kecil jintan putih (tumbuk)
1 sudu kecil ketumbar (tumbuk)
1 biji bawang putih (tumbuk)
1 biji telur (pukul sedikit)
4 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan cili mesen (cili api pun boleh dimesen la yek)
garam secukup rasa
minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara ;
1. Campurkan telur, lada mesen, garam, jintan-jintan, ketumbar, kedalam tepung ubi dan tepung beras.
2. masukkan sedikit air (anggaran 3 senduk ~ jgn byk2 nanti cair sangat), kacau buat beter.
3. Kalau masih pekat, bubuh sikit-sikit air, sampai puas hati kepekatannya (make sure jgn cair tau).
4. Panaskan minyak yang banyak. Bila minyak dah betul-betul banyak, goreng kan peria tu dengan mencelupkan peria yang dah direndam dengan air garam tadi(toskan dan keringkan airnya sebelum goreng).
5. Goreng dengan api yang besar hingga betul-betul garing.
6. Bila dah garing, angkat dan toskan minyak. Makan segera nanti lama-lama boleh lemau pulak (mungkin tak la lemau sangat tapi lebih sedap kalau sangat-sangat garing).

Siakap Kukus Asam Boi

Bahan :
ikan siakap dibersihkan, masuk dalam dulang yang muat dlm pengukus
2 ulas bawang putih (titik dan cincang)
1 ulas bawang besar (hiris)
sayur jagung (potong ikut suka)
1/2 batang karot (potong ikut suka)
1 biji tomato (potong baji)
cendawan shitake (rendam dan hiris)
cendawan telinga kera (rendam)
i inci halia (potong nipis)
3 sudu sos tiram
garam secukup rassa
4 biji asam boi
1 biji limau nipis (ambil air)

Cara :
1.Semua bahan-bahan campurkan sahaja dalam 1 bekas untuk kukus pada ikan keculai jagung dan karot.
2.Kukus ikan dengan api kecil, selama 30 minit, masukkan jagung dan karot.
3.Kukus lagi sehingga 10 minit.
4.Angkat ikan dan tabur dengan bawang goreng dan daun sup daun bawang.
5.Hidangkan dengan sos kicap.

Butter Rossete Cookies

Bahan-bahan:-
-*125 gm butter
-*45 gm gula icing
-*140 gm tepung gandum
-*1/4 sdt baking powder
-*1 sdt butter emulco
-*1/2 sdt esen vanilla

***bahan hiasan - choclate chip, kismis @ badam

Cara-cara:-
-Panaskan oven.
-Pukul butter dan gula icing hingga kembang...masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
-Bila sebati..masukkan butter emulco dan esen vanilla...uli hingga mesra alam gitu...rehatkan dalam 10 minit.
-Masukkan adunan dalam piping bag yang ada nozel bunga dan pipe kan bentuk yang di suka..
-Bakar selama 10 minit pada suhu 150 c.

TEMPE GORENG

Ni la favourite Onie.....tempe

 Bahan :

1 keping besar tempe (potong kecik2 tapi jgn nipis ~ goreng sekejap)
segenggam ikan bilis ~ gereng rangup
sebatang cili besar ~ dimayang
1 biji bawang besar ~ mayang
1 ulas bawang putih ~ cincang
sedikit minyak untuk menumis

CARA :
1. Panaskan minyak dan tumis, bawang besar, bawang putih sampai wangi.
2. masukkan cili merah dan tempe, perisakan dengan geram secukup rasa.
3. Gaul rata dan tutup api, hidangkan.

KERABU PEGAGA


Bahan-bahan:
3 ikat pegaga (ambil bahagian lembut batangnya dan daun)
segenggam kelapa parut (disangrai hingga perang)
sebiji bawang besar (potong 4 kemudian hiris halus-halus)
beberapa biji cili api (ditumbuk)
1 sudu makan udang kering (ditumbuk)
sebiji limau nipis (ambil airnya)

Cara-cara :
1. Satukan semuanya dalam bekas, gaul dan ramas-ramaskan sedikit.
2. Boleh lah dihidangkan.

BUTTER CHEESE MOO CAKE


Hari ini Onie plan nak buat kek. Memang cari-cari jugak resipi-resipi terbaik(paling penting tercantik....) pastu Onie nak rasa..kalau best boleh la ketengah kan bagi resipi kat anak cucu Onie dan pelayar-pelayar blog.

Punyala Onie kalut..buat je, xde pun rakam cara-cara buat kek ni. Alahai.. maafkan Onie lah yek. Lain kali Onie akan cuba ingat siapkan kamera dekat-dekat Onie ni...hehehe!

Ni la rupanya kek yang Onie buat tu....





Lagi........


 
Lagi.....


Bahan2nya:
100g butter + 200g cheese
200g gula halus
4biji telur ayam }A
250g tepung gandum
50g susu tepung
1skfc baking powder
1/2skfc soda bikarbonat
1skfc esen vanila
*2sb serbuk koko

Cara2nya:
-putar gula, butter dn cheese sehingga kembang
-masukkan telur~putar
-masukkan tepung, susu tepung, baking pwder, soda bikarbonat dn esen vanila~putar
-memang adunannya mcm likat sikit
-adunan siap!
-bhgikan kepada 2 bhgian:
i: adunan asal
ii: adunan asal+2sb serbuk koko
-------------------------------------------
-sediakan loyang bersaiz 8' sapu keliling loyang dgn majerin dn taburkan tepung...LAPIK dgn kertas minyak(putih)
-masukkan 1sudu per satu sudu disetia adunan..tompok2kan..buat sehingga habis...hentak sikit loyang bg adunannya sekata...
-bakar pada suhu 150'c selama 45min-sehingga masak
-setelah masak...biarkan selama 5min didalam loyang bg tepi2 loyang tu rengang sikit supaya senang nk kuarkan kek tu nanti...
-terlungkupkan permukaan kek tu diatas papan kek...tarik kertas minyak perlahan2 dn siaaaap!

Amacam???? terliur tak....sila..sila buat kalau teringin yekk......selamat lah mencubanya.

Khamis, 28 Jun 2012

Tart Nenas dan Tart Strawberry

Onie menghabiskan masa dengan meng~tart harini. Onie cukup enjoy...dapat juga Onie bagi kat kawan Onie di blok sebelah sampai kawan tu nak order untuk hari raya. Alhamdulillah...Onie pun sebenarnya, hobi je nih...suka-suka. Tu lah kata orang..dari suka-suka jadi sungguhan. Di sekolah pun dah ada kawan yang order, cumanya buat masa ni Onie nak tumpukan pada tart dulu sebab Onie pun tak punya banyak masa nak buat lebih-lebih.


Ini jem Nenas untuk tart nenas. Onie dah siap-siap gintil supaya nanti senang.

yang ini pulak jem Strawberry pun Onie dah siap-siap gintil.

 ni pulak Onie gunakan untuk acuan tart.

 hahh...ni yang belum bakar laii...ade 2 la kaler die sebab satu tu nenas, satu lagi tu strawberry.

yes....yang ini dah bakar..elok je susun dalam tupperware (tipuwear sebenarnye).......

TAT NENAS
BAHAN2NYA:

350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm gula icing
250 gm butter (anchor/fern/scs)
2 biji kuning telor

jem nenas (buatlah macam biasa) dan di gentel (nanti tgk video)

Cara membuat doh:
Tepung gandum dan tepung jagung diayak dan dicampur gula ising dalam satu besen. Butter dipotong dadu kecil2 dan diramas (rub in method) dalam tepung. Setelah campuran menjadi berderai, masukkan dua telor kuning, gaul sampai rata dan uli perlahan lahan. Biarkan ia rehat selama 20 minit. Kemudian gunakan nozel yang sesuai, masukkan inti nenas. Bakar 20 minit.

 Nnnnn.....tis 1 yang perisa strawberry...tihihiii. 

wokeh.....Onie tak leh nak type bebanyak nih..ade fan Onie ni ha...akak Aisyah SkiesnEarth tak sabar-sabar nak nengok blog Onie nih (Blog baby2 pun nak tengok gak ke?? jgn lupe leave ur comment yahhhhh...)

Rabu, 27 Jun 2012

Mee hoon Goreng Black Pepper

Harini Onie cuti. Semalam sekolah Onie sukan tahunan so harini dapat la cuti khas. Well Onie di sini juga nak ucapkan tahniah kepada pengetua ekolah Onie, Tuan Hj Abu Bakar Osman sebab sekolah berjaya mencatat kejayaan sebagai sekolah terbaik peringkat kebangsaan. Semalam pengetua ke Putrajaya ambil hadiah serta pengetua juga sms kami minta tengok berita BERNAMA sebab dia ditemuramah oleh wartawan. Puas Onie tunggu...xde pun keluar beritaaaaa.......
Apapun Onie bangga mengajar di sekolah ni. Dengarnya semua guru akan diberi RM2500 sebagai ganjaran menaikkan prestasi sekolah (Onie la sekali tu..heheh). Kalau dapat..alhamdulillah ~ Onie cadang hadiah tu Onie nak lekatkan dengan benda yang boleh Onie ingat misalnya Onie akan beli emas bernilai RM2500 ke...kalau beli benda lain..xde apa yang Onie nak ingatkan.

Well..harini Onie buat sarapan ini..tadaaaaa........... (request Fahim..nak mee hoon black pepper..cet..pandai jek mkn black pepper yekkk).

 Resipinya ini dia :

Mee Hoon Shitake Black Pepper
Bahan :
1/2 peket mee hoon direndam
sedikit cili api di mesen
3 ulas bawang putih dimesen
2 biji bawang besar dimesen
1 peket perasa ayam (Onie guna pasti sedap perasa ayam)
sekeping dada ayam (hiris nipis)
segenggam cendawan shitake direndam
segenggam taugeh cuci bersah
1/2 batang lobak merah di hiris memanjang macam batang mancis
segenggam daun sup mayang2 dicuci
sedikit minyak untuk menggoreng
(telur mata kerbau - optional)

Cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan mesen sampai garing.
2. Masukkan ayam dan cendawan shitake. Goreng sampai masak.
3. Masukkan mee hoon, kacau rata dan cuba potong2 mee hoon dengan senduk supaya tak panjang sangat masa nak makan tu.
4. masukkan sedikit air dalam blender bekas mesen bahan tumis tadi supaya mee hoon lembut.
5. kacau rata mee hoon dan kecilkan api,
6. masukkan lobak merah dan kacau-kacau lagi.
7. masukkan 2 sudu besar lada hitam serbuk.
8. masukkan pula taugeh dan beberapa ketika lepas di kacau rata, tutup api.
9. masa hidangkan tabur dengan daun sup.
(podeh berasappp.........tapi sodap)

Isnin, 25 Jun 2012

Ayam Goreng Gajus Chinese Style

Onie cuti harini (CRK) sebab 2 hari Onie berada di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, lupa la sangat Onie nak merakam peristiwa Onie makan durian Balik Pulau yang memang Onie rekomen sangat sebab sedapnya durian Balik Pulau ni.

Tak pe, Onie rakam menu Onie harini. Onie dua kali dah buat menu ni sebab memang disukai, refer lah resipi nya nanti ye.


Ayam Goreng Gajus Chinese Style




Selain tu Onie goreng jugak sikit pucuk paku..memang sedap sangat makan tengahari ni.

Petangnya lepas Onie hantar Haziq ke Arau. Onie terlebih rajin buat cookies ni.

 jeng jeng jenggggg...ni dia, Butter Rossete Cookies.

dan Onie buat ini juga...it's my favorite....Tat Nastar . Fahim pn bukan main suka cookies ni....masuk dalam mulut sebiji terus......kena cuba nih, memang berbaloi-baloi!


Rait..untuk harini cukup dulu yek...esok Onie cadang nak buat cookies lagi.......

Khamis, 21 Jun 2012

Maggi Goreng Pedas Kow2

Woww....lama jugak Onie tak update blog ni. dari Sabtu 9JUN lepas..ni dah melangkau-langkau ke hari ni Khamis 21JUN. Onie sebenarnya agak kelam kabut sebab banyak sangat yang Onie kena tumpukan hingga Onie x berpeluang update blog ni setiap hari.
Apa tu yek????? hmm...malam ni Onie buat Maggi Goreng Pedas Kow2...ehehe memang pedas berasap pun sebab kegemaran Onie. Camane tu resipi Maggi Goreng ni ek?

Maggi Goreng Pedas Kow2
Bahan:
3 bungkus Maggi (rendam dalam air panas sekejap, toskan [kalau lama rendam lembik x sedap nanti])
10 biji cili api - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk dengan cili api tadi
1 biji bawang besar - mayang
1 1/2 peket perasa maggi (tumbuk sekali dengan cili api)
2 biji telur goreng scramble (1 biji lagi goreng masa menumiss)
3 batang sawi potong ikut suka
1 batang karot kecil - potong panjang2
2 biji cendawan shitake - rendam sampai lembut, potong nipis.
sedikit minyak

Cara :
1. panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk, sampai wangi. masukkan bawang besar, tumis lagi sampai garing. masukkan cendawan dan buh 1/4 cawan air sebab nak masakkan cendawan tu. masak beberapa ketika.
2. kuakkan bahan tumiss tu ke tepi kuali, pecahkan telur sebiji dan biar nampak mengeras sikit lalu dihancurkan dengan sudip.
3. masukkan batang sawi dah masak sekejap. masukkan karot dan daun sawi, maggi tos tadi. kacau rata.
4. masukkan 1/2 cawan air atau sikit je tengok keadaan, jgn basah sngt nanti jadi meggi basah lak), kacau sebati.
5. masukkan telur scramble terus kacau rata lagi. goreng maggi sampai rasa pasti bestnye ~ keringnya.
6. tutup api, pastu hidang, tabur bawang goreng kalau suka. nak buh daun sup pun sedap gak.

Onie rasa memang sedap sangat makan. tambah2 Onie buat air anggur...whaaaaa...sedap la sangat. Apa yang Onie sibuk sangat tu???

Onie kena buat persediaan nak hadapi peperiksaan pada 23 dan 24 JUN 2012 ni di usm. Pening jugak Onie, bkn hanya prepare untuk nak menjawab, persediaan macam mana nak pergi nanti pun Onie kena  fikir juga. Sebabnya peperiksaan tu nanti 2 hari dan akan kena pada hari Onie bertugas. Onie dah siap isi borang cuti tanpa rekod. Hanya Onie kena juga fikir dengan Fahim ni mesti cuti Ahad ni (memonteng le jawabnye die)......


Sabtu, 9 Jun 2012

Cornflakes Cookies

Hmmm....semalam Onie buat Cookies nih. Entah kenapa tiba-tiba Onie teragak nak buat cookies raya. Onie dah pilih 2~3 jenis yang Onie berkenan. Berasaskan cornflakes..Onie ajak Fahim teman ke pasaraya paling dekat dan beli beberapa bahan supaya bila nak guna tak la tersekat disebabkan bahan yang tak cukup. Onie beli butter, cornflakes, tepung, ceri dan beberapa lain lagi. Sampai je di rumah dari pasaraya, terus Onie capai dulang pembakar dan alat-alat lain untuk membakar. Onie sediakan tepung dan juga bahan-bahan perlu. Mula-mula ni Onie nak buat Cornflakes yang mak Onie suka buat bila raya masa Onie kecil-kecil dulu. Cookies ni, tak cantik tapi bagi Onie dia ada kelebihan tersendiri..dia sedap...pada Onie lah sebab Onie besar dengan cookies-cookies yang tak cantik tapi sedap rasanya.

Ni la hasil nya :


Dapatlah 1 tupperware....dan resipinya ialah:

Cornflakes Cookies
Bahan:
1/2 kotak Cornfllakes diramas
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
1/2 cawan gula
250 butter (kalau boleh 1/2 butter, 1/2 majerin(ataupun butter yang unsalty) sebabnye butter ni agak salty sikit la rasanye)
Ceri untuk hiasan
paper cups yang cukup

Cara : Mula-mula putarkan sebati butter dengan gula. Masukkan tepung selang seli dengan cornflakes, adun sebati. pastu kepal-kepalkan doh bulat-buat dan masukkan dalam paper cup, hias dengan ceri, bakar selama 20 minit.

Then, Tadi Onie sempat buat sejenis lagi cookies, pun berasaskan cornflakes. Tapi beza sikit resipi, rasa juga beza sikit. Onie hanya nakrasa kelainannya dan Onie mula la mengkreatif kan diri dengan meng oter-oter rupa cookies nih. suka-suka Onie je kan....maka nilah hasilnya :


Macam comel kan???? Cucu-cucu Onie buat la yek! Agaknya kalau letak badam sebiji atas tu pun sedap yek...Onie tak pernah cuba lagi, kalau ada yang nak cuba boleh la. Kalau tak ok tu Onie tak jamin la yek..sebab Onie nampak macam comel je kalau ada badam yek.

Dalam kalut-kalut meng-kukis, sempat Onie masak untuk tengahari. Kali ni Onie buat yang rasa-rasanya macam sihat jegalah, kukus dan rebus. Onie buat Siakap Steam Asam Boi dan Jantung Pisang rebus.


Sedap pulak sekali masak begini. Onie cecah dengan sambal kicap pedas.




Khamis, 7 Jun 2012

Masak Lomak Cili Api Ayam

Semalam Onie tak dapat nak mencatat apa-apa pun. Onie pergi sekolah dan siapkan kerja Onie, lebih kurang 3 ke 4 jam jugak la..rupa-rupanya banyak benda Onie kena buat, sambil-sambil tu Onie kemas-kemas juga lah meja Onie yang baru diterima....kemaskan fail-fail dan buku-buku, jangan nampak bersepah sangat.
Balik, Onie terus capai kuali belanga (cili api sebenarnya), masak-masak. Lauk memang dah ada, so Onie terus je laju-laju, dan tak sampai 2 jam semua beres dan boleh makan tengahari. Onie buat gulai ayam dengan kentang dan juga goreng peria(kambas) garing (feveret Onie ni sejak Onie mula merasa di USM ~ Onie kan mahasiswa tahun 1 di USM).

Ni la dia Gulai Ayam dengan kentang masak cili api Onie :

Resipinya ~
Gulai Ayam dengan kentang masak cili api
bahan-bahan
1 ekor ayam dibersihkan (potong kecil-kecil ikut suka)
semangkuk cili api dimesen (kalau tak makan pedas, kurangkan kuantiti cili api)
1 sudu kecil serbuk kunyit hidup@1 inci kunyit basah dimesen dengan cili api
 mangkuk santan pekat (setengah tu mesen dengan cii api)
3 batang serai diketuk
4 biji ubi kentang, kupas kulit dan potong 2
2 helai daun kunyit dimayang halis
5 helai daun limau purut dimayang halus
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara:
1. Maukkan ayam dan santan+cili api dalam kuali dan hidupkan api. Masak hingga didih.
2. Masukkan serai dan ubi kentang , kecilkan api, selalu kacau nanti santan naik minyak dan melekat.
3. Masukkan garam.
4. Bila dan pekat sikit kuahnya, masukkan 1/2 lagi santan pekat yang tadi, masukkan juga daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.
5. Bila dah masak dan kentang dah empuk, tutup api, hidangkan.

And yang ni pulak, Peria aka Kambas Goreng Rangup yang menjadi feveret Onie. Kalau makan ada lauk lain-lain yang sedap, tetap Peria ni jugak yang sedap sangat kat Onie, and buat Onie bertambah-tambah makan.




Petangnya Onie desided pergi tengok wayang cerita Snow White And The Huntsman. Macam best je Onie tengok iklannya di Facebook. Onie ni memang peminat genre-genre begitu, such as Narnia gitu la. So Onie ajak la my sweet-sweet boy yang berdua tu Haziq dan Fahim ke Alor Setar Mall. Elok je Onie dapat parking kat Alor setar Mall tu walaupun memang banyak sungguh kereta. Banyak yek duit orang-orang ni bershopping sungguhpun hujung-hujung bulan ni.
Onie dengan boy-boy tu pun naik ke tingkat 3...sampai di tingkat 3, Onie memang tak sabar-sabar lagi, tanya kepada Haziq (memang harapkan Haziq belikan tiket), beli la cepat tiketnya, nanti ketinggalan banyak pulak. Kecewa nya Onie, sebab kaunter tiket pun tutup, nak beli tiket macam mana. Then otak Onie ni berputar fikir, sebab memang nak sangat-sangat lah menonton.
Sambil berjalan keluar dari Alor Setar Mall, Onie bagi idea...kita pergi ke City Plaza pulak, cuba disana. So Onie cepat-cepat drive ke City Plaza. Mendengar kata Haziq, parking di tingkat atas sekali senang nanti turun pun tak jauh sangat. So Onie parked kat tingkat 6. Terpaksa guna lif turun ke tingkat 4. Then bila dah sampai ke tempat yang beriya-iya nak tuju tu, sekali lagi Onie hampa sebab tutup jugak. Onie betul-betul tak puas hati, minta Haziq baca makluman kat kaunter tiket. lama juga Haziq baca, rupa-rupanya, panggung wayang di Alor Setar ni hanya buka hingga pukul 5 sahaja setiap Khamis. Adoi.......yela...malam Jumaat kan, kena baca Yaasin, bukan pergi berpoya-poya begini. 

Itulah padahnya.....hingga membawa Onie memuat turun cerita Snow White ni di internet sahaja. Agak susah juga memuat turunnya sebab internet Onie tak laju ~ Onie bukan ambil pakej internet yang mahal untuk tujuan memuat turun.

Onie dah pun menonton, memang lah Onie puas hati. Dari 5 Onie bagi 4 (sebabnya Onie tak berapa suka la cerita yang asyik berada dalam darkness..gelap, tak nampak apa yang berlaku). kata Snow White...mesti dalam salji..cerah-cerah dan snow white yang Onie bayangkan berambut perang, tapi dalam cerita ni berambut hitam puak. Tapi tak apa lah..perkara kecil jetu. Apapun, Snow White dalam cerita ni Onie suka sebab ada kelainan sikit sebab Onie selalu bayangkan Snow White yang ayu serta feminin. Dalam cerita ni Snow White adalah gadis yang cekal dan tabah. Nampak perkasa Snow Whitenya. Yang Onie paling tak puas hati ialah...end of the storynya..siapa yang menjadi pasangan Snow White ~ Huntsman (yang kematian isteri) atau William yang bujang. Memang yang lebih menggadai nyawa adalah Huntsman, tapi William adalah teman lelaki Snow White zaman kecilnya, masih bujang serta sangat kacak. Dan bagaimanapun, mengikut epik, siapa yang mempunyai rasa cinta terhadap Snow White secara ikhlas dan menciumnya, itulah pasangan Snow White. Kedua-dua teman Snow White ini telah menciumnya di waktu yang berasingan....hanya selepas Huntsman menciumnya sahaja baru lah Snow White sedar dari lena selepas makan epal beracun.

So..apa pendapat anda?? Siapa pasangan yang layak untuk Snow White ini?

Rabu, 6 Jun 2012

Pajeri Nenas

Ini pulak ialah Pajeri Nenas Onie...saja Onie rakam. Ramai dah tahukan resipinya. Anyway, untuk cucu Onie, Onie bagi lah reipi...semoga bila belajar di oversea nanti boleh lah refer Blog Onie ni, masak, takde la harapkan makanan di oversea tu nanti.

Pajeri Nenas Onie
Bahan-bahan ;
sebiji nenas, kupas dan berihkan (buang bahagian empulurnya) potong kecil-kecil

secawan antan pekat
sebatang daun kari (ambil daun saja, bersihkan)
3 enduk cili kering yang dah dimesen (Onie suka campur sikit cili api ~ nak pedas lagi)
1 biji bawang besar (mesen)
2 biji bawang putih (mesen)
1 inci halia (mesen)
1 peket rempah kari ikan (campur dengan sedikit air dan kacau rata - ketepikan)
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk tumis
(kalau ada gula merah lagi sedap)
sedikit gula putih

Cara :
1. pijarkan minyak dan tumis daun kari dan cili kering dengan api yang kecil sampai garing, masukkan bawang besar, bawang putih, halia ~ sampai garing.
2. tumis juga rempah kari bersama-sama juga hingga garing.
3. masukkan nenas, gaul rata, masukkan santan dan gula merah. masak pajeri hingga kuah nya kering sikit. tutup api. bila dah sejuk, boleh lah dihidangkan dengan nasi panas.

(pajeri nenas, semakin lama simpan semakin sedap. Cara simpan pajeri nenas yang tak habis, masukkan dalam peti ais, bila nak makan, panaskan balik, kalau terlalu kering..masukkan sikit je air panas).

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




Nasi Lemak Hijau dan Sambal nya

Ni Onie kemas-kemas fail Onie kat laptop ni..Onie jumpa hasil tangan Onie satu lagi yang sempat Onie rakamkan. Onie memang suka dengan kelainan resipi ini supaya menu keluarga akan bervariasi. Ok ni la dia yang Onie nak rakamkan di sini..tadaaaa.....Nasi Lemak Hijau



Resipinya :

Nasi Lemak Hijau Onie

 Bahan-bahan :
3 pot beras
4 pot air daun pandan (daun pandan yang dikisar ~ tapis, buh pewarna hijau sikit)
garam secukup rasa

Cara: tanak nasi dalam rice cooker, macam biasa kita buat nasi lemak yang biasa. Tunggu hingga nasi kering baru boleh hidang dengan aksesori nasi lemak yang biasa. Antara yang biasa sebagai aksesori nasi lemak ni ialah : Telur rebus, kacang goreng, keropok@papedom, timin hiris.

* * * * * * * * * * * * * * *
Tapi, sambal nasi lemak Onie yang sppecial ni tak pernah berbuang, memang habis dimakan. Sebab style Onie buat sambal memang Onie ikut rahsia peniaga nasi lemak. So, nila dia resipi

Sambal nasi lemak Onie....

 Bahan-bahan :
segenggam cili kering (rendam sampai kembang)
sedikit cili api (sebab nak pedas)
segenggam ikan bilis (goreng garing dan mesen)
sebiji bawang besar (mesen)
2 ulas bawang putih (mesen sekali)
2 helai daun pandan
sehiris halia
secawan minyak masak
3 sudu makan kicap
3/4 cawan gula
garam secukup rasa

Cara:
1. pijarkan minyak, tumis cili mesen hingga garing.
2. masukkan juga halia dan daun pandan. Masukkan bawang2 dan garam(jgn byk sangat ye, dah ada kicap).
3. bila dan garing, masukkan ikan bilis yang dah dimesen dan gula. masak sampai garing.
*tips ~ kalau ada gula merah, lebih sedap (gantikan gula putih)

~ selain dari nasi lemak, boleh juga jadi sambal untuk burger malaysia dan lain2. Onie juga suka makan cokodok cicah sambal ni.

~ kalau dah malas sangat nak masak, Onie akan simpan lebih-lebih sambal ni dalam peti ais. Bila Onie nak menumis sayuran ke..menumis apa-apa yang sesuai, Onie akan gunakan sambal ni. Tu la Onie kata, tak pernah buang kalau buat sambal ni.

Ni Onie makan sambal ni jugak dengan pulut tanak atau kadang-kadang Onie kukus kalau Onie rajin, macam ni....



Nasi Goreng Tomyam Selatan Siam

Pagi ni Onie buat sarapan. Onie dah plan semalam lagi tu la Onie dah prepare nasi sejuk sebab Onie plan nak buat Nasi goreng. Malam tadi Onie pergi pasar malam yang terletak di Pacifik Alor Setar. Onie beli kacang panjang dan daun sup.

Then Onie pun mulakan aktiviti Onie. Tiba-tiba telefon Onie berbunyi ~ ada sms masuk suruh Onie pergi sekolah sebab nazir akan datang Ahad ni untuk check fail Peperiksaan dalaman. Onie ingat nak pergi petang ni tapi Onie macam malas. So Onie plan pergi esok pagi jelah.

Ok balik kepada aktiviti sediakan sarapan tadi. Onie pun pening nak buat Nasi Goreng apa..sebab dah terbiasa dengan Nasi Goreng yang sama so Onie macam bosan. Tiba-tiba Onie dapat idea spontan..buat Nasi Goreng Tomyam, bahan-bahan pun ada.

Ni la presentation Onie bila dah siap :

Ok..ni la resipinya :

Nasi Goreng Tomyam Selatan Siam
Bahan-bahan:
 mangkuk nasi sejuk (dilerai2kan)
3 btg serai (buang kulit keras dan tinggalkan bahagian lembut / hiris nipis2)
6-7 helai daun limau purut (hiris2)
4 urat kacang panjang(hiris nipis2)
3 biji telur
segenggam cili api(tumbuk)
1 biji bwg besar (tumbuk)
3 ulas bwg putih(tumbuk)
serbuk perasa
garam secukup rasa
minyak secukup untuk goreng nasi

Cara :
1. pijarkan minyak. tumis bahan2 tumbuk hingga garing.
2. masukkan nasi dan gaul hingga rata.
3. buat lubang tengah..pecahkan telur dan nampak telur mengeras...kocak2 hingga telur kering. gaul dengan nasi keseluruahannya.
4. masukkan serai, daun limau, kacang panjang dan gaul rata2.
5. masak nasi goreng hingga puas hati kering dan masak serta ratanya.
6. boleh lah tambah bahan2 hiasan dan penggalak rasa seperti telur mata dan keropok.

memang puashati..Onie suka style ni. Siap buat air nescafe tarik lagi. Onie goreng keropok dan telur mata kerbau. Kenyang sangat so makan tengahari lambat la sikit.

Then Onie pergi teco, cari bahan nak masak Ayam Goreng Gajus Chinese Style Onie's Kitchen Ada fan Onie mintak resipi ni kat Facebook. Onie lupa nak sertakan resipi..hanya gambar je. So tu yang dia mintak tu. Then Onie betul-betul suka tengok cili api kat tesco ni...boleh tahan harganya, 100g = RM1.49. Onie pasti kaut masuk plastik.
 banyak yang hijau-hijau tapi Onie pilih yang merah-merah...heheh!
Onie dapat dah barang-barang Onie. Ok Onie nak tunjuk pulak resipi yang fan Onie nak tu yek....

Ni haaa........

ye...memang terbaik dari ladang (ladang Onie laa..(maksudnya dapur Onie)). Sedap dan boleh dinikmati oleh pelbagai peringkat. Tak pedas.
Resipinya? Ok...ni dia :

Ayam Goreng Gajus Chinese Style

Bahan-bahan:
1 keping dada ayam (bersihkan dan potong kecil ikut suka)
10 biji gajus
1 biji tomato (potong baji)
1 biji capsicum hijau (potong baji)
4 biji cendawan shitake (rendam - bila dah kembang hiris nipis)
5 helai cili kering (rendam dan potong 1 inci)
1 labu bwg holand (mayang kasar)
2 biji bwg putih (ketuk saja)
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu serbuk perasa ayaam
garam secukupnya
3 sudu makan sos tiram
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. pijarkan minyak. tumis bawang putih dan bawang holand sampai wangi.
2. masukkan ayam dan cendawan shitake. masukka juga cili kering.
3. kacau rata, masukkan air sedikit kalau terlalu kering.
4. masukkan tomato, capsicum, sos tiram, serbuk lada hitam.
5. kacau hingga masak tapi jgn terlalu lama. masukkan gajus. kacau2 sikit. tutup api.

Begitu la menu Onie hari ini. Onie sungguh kecewa sebab Onie pun ada beli Keju sebab nak buat cheese kek dan juga beli serbuk lada putih. Boleh hilang ~ tak ada bila dah sampai rumah. Onie pun dah plan nak buat lasagna.



Selasa, 5 Jun 2012

Gulai Lemak Cili Api Petai Kikis

Wha...harini Onie nak masak ape yek??? Hurmm....Onie ade petai, ade ikan. So Onie cadang nak masak Gulai Lemak Cili Api Petai Kikis dan Ikan Goreng, sebab Onie rasa mereka tu sejodoh. Mula-mula Onie kena operate petai dulu..kikis kulit dia. Jadilah dia rupa ni....
Lepas tu Onie bagi resipi nya yek....
Bahan-bahan :
1 ikat petai (kikis kulit dan potong kecik sikit mcm Onie buat tu)
segenggam cili api (mesen)
1/2 sudu kecil kunyit serbuk (masuk sama masa mesen lada tu)
semangkuk santan pekat (sebahagian guna untuk mesen lada dan kunyit)
garam secukup rasa
2 sudu besar ikan bilis
1/2 biji bwanag besar (mayang-mayang)
1 keping asam keping

Cara-cara :
1. Rebus petai lebih kurang 5 minit (atau hingga pasti dah lembut).
2. Masukkan santan, lada mesen, ikan bilis, bawang mayang dalam periuk dan jerang sekejap.
3. Masukkan petai yang dah ditoskan airnya tadi.
4. masak hingga lebih kurang 30 minit (kacau selalu).
5. Masukkan asam keping. Masak sekejap. Rasakan garam nya dan bila dah pasti masak..tutup api dan hidang macam ni......-->
(Agak blur jugak gambar Onie ni yek???)

kemudian Onie goreng ikan ni -->
Tak lupa jugak Onie sediakan sambal kicap ini, sebab trendnya memang Onie akan makan ikan goreng dengan sambal kicap begini -->
Dan paling dramatik bila Onie menghadapi hidangan ini bersama-sama penawar tekak yang ini..tadaaaaa -->
Air Laici.....memang sedap. Nak ke? Buat la yek...ini hanyalah cadangan Onie saja. Hari ni bukan Onie yang pergi pasar, so tak dapat la nak memilih sendiri juadah ~ masak je apa yang ada.