Kali ini, disebabkan anak bongsu Onie menyebut ketam, so Onie beli ketam untuk tengahari ni. Sekilo ketam mengikut harga penjual tu ialah RM20. Boleh tahan jugak..isi tak berapa nak ada pun sebab bila Onie timbang-timbang dengan tangan seekor ketam yang besar, macam tak berapa berat. Tapi sebab dah ada yang menyebut, Onie ambil juga 5 ekor yang boleh tahan besar, bila ditimbang, tak sampai pun sekilo sebab Onie kena bayar hanya RM18.
Seterusnya, otak Onie terus ingat untuk mencari nenas, sebab Onie plan nak masak ketam dengan nenas. Onie nak buat Ketam Masak lemak Cili api Bersama Nenas. Onie terus ke bahagian sayur-sayur kampung. Di situ, Onie dapatkan nenas, pucuk pegaga, limau nipis, serai, opsss....Onie jumpa buah kuinin. Onie lebih suka buah kuinin berbanding mempelam. Sebab buah kuinin lebih manis. Bila Onie tanya harga, penjual kata, harganya RM4 sekilo. Mak ai..mahal jugak..mcm beli mempelam pulak. Kat kampung Onie di Negeri Sembilan, murah je sebab pokok kuini ni memang banyak. Kadang-kadang mereka beri sedekah saja.
Ok kita balik ke suasana membeli kuinin tadi. Onie beli jugak la sekilo (5 biji). Sebelum tu, Onie suruh anak bongsu Onie belikan ssantan dan kelapa parut. antan tu Onie beli RM3, kelapa parut Onie bagi RM1. etelah Onie dapat semua tu, Onie rasa lengkaplah apa yang Onie perlukan untuk masak tengahari ni.
ye..inilah Ketam Masak lemak Cili api Bersama Nenas Onie. Resipinya adalah seperti berikut :
Bahan-bahan :
1 biji Nenas (dikupas..dibersihkan dan dipotong ikut suka (buang bahagain empulurnya))
5 ekor ketam (bersihkan dan potong 2 ~ taknak potong pun ok jugak)
RM3 santan
segenggam cili api
2 batang serai ketuk
sedikit serbuk kunyit (kunyit hidup lebih sedap - tumbuk dengan cili api)
garam secukup rasa.
Cara-cara :
1. Didihkan santan dan cili api, kunyit serbuk yang telah dimesen (tumbuk lebih sedap).
2. Masukkan juga serai ketuk. Masak santan beberapa ketika. Jangan lupa masukkan garam ssecukup rasa
3. masukkan nenas dan masak juga sekejap.
4. masukkan ketam dan masak hingga lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga pasti ketam dah masak.
5. Tutup api dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan