Jumaat, 26 Oktober 2012

SOTO AYAM AIDIL ADHA

Bahan-bahan:
A
Nasi impit - beli yg segera@buat sendiri - rebus sempurna dan potong ikut suka.

B
1/2 ekor ayam
2 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit - nak jadikan soto nmpak cantik
- rebus semua bahan B selama 20 minit....lepas 20 minit, keluarkan ayam, goreng sekejap, siat2 halus dan ketepikan.
- sementara biarkn sup merenih dengan api perlahan.

C
1 sudu jintn manis
1 sudu jintan putih
2 sudu ketumbar
1 inci kayu manis
2 pelaga
3 cengkih
2 lawang
- sangrai semua bahan C (grg tanpa minyak) hingga naik bau, blend masa panas2....bungkus dalam kain muslin dan buat mcm sup bunjut
-masukkan rempah2 ni dan renih selama 20 minit, lepas 20 minit, keluarkan....renih lagi sup terus.

D
7 ulas bawang merah - mayang
2 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
3 inci halia dititik
2 batang serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
1/2 cawan minyak untuk menumis
- tumis bahan D, dah wangi semerbak...masukkan dalam sup. Masuk dgn minyak sekali.

♡renih sempurna dan perisakan, masukkan 2 kiub pati ayam. Jgn byk masukkan garam..nanti terlalu masin.

PERGEDIL
1 bungkus daging cincang - basuh, tos dan rebus sekejap, tapis lepas rebus. Masukkan dalam bekas lain.
5 biji ubi kentang - rebus sampai empuk, tumbuk dan masuk sekali dalam daging.
1/2 peket bawang goreng
Rm2 daunsup dan daun bawang, hiris halus, masukkan dalam daging
Sedikit serbuk pala
Sedikit garam
- satukan semua bahan, kepal2kan dan bentukkan bulat2 kemudin leperkan.
- bila nak goreng, celupkan dengan telur dulu.

♥♥ Bila semua dah siap, hidangkan soto dengan
Taugeh celur
Daun sup dan daun bawang mayang halus
Bawang goreng
Pergedil
Kicap pedas
Kacang tanah goreng
Suon goreng
Nasi impit
Hirisan ayam
♥♥ makan mesti x ingat orangggg.........nampak susah tapi sngt berbaloi! ♥


Ahad, 21 Oktober 2012

BUAH ROTAN@BUAH REDAN@.......♥♥

Emm....Onie juga berusaha buat kuih ni...actually nak kata kuih, macam bukan kuih. Walau apa pun, statusnya tetap dalm kategori kudapan tradisional. Bonda Onie sendiri pun x pernah ajar atau buat kudapan ni. Biasanya, bila hari raya akan ada la yang buat sebab kalau kena caranya, memang sedap. Yang menjadi trauma kepada ramai orang ialah kerana dikatakan bila nak menggorengnya meletup dia. Tapi alhamdulillah, Onie xde pulak meletup2 di masa menggoreng tu. Meh kita buat kuih yang memohon tingkat kesabaran yang tinggi kalau buat sorang2 sebab, memang mengantuk dan mcam x siap2.

Bahan:
400 gm tepung pulut
200 ml santan (guna santan kotak)
1 biji telur
5 sudu gula (gaul dengan tepung pulut)
Minyak yang banyak untuk menggoreng
Bijan yng secukupnya

Cara:
1. Campur semua bahan, kecuali minyak.
2. Jdikan doh hingga tepung diuli x melekat pada tangn.
3. Buat bulat2 kecil dan golekkan dalam bijan.
4. Buat sampai habis.
5. Pastikan jangan bebola kecil tu semkin besar ye....hhehe!
6. Goreng hingga kuning.
7. Tunggu sejuk betul2 baru boleh makan atau simpan.


KUIH GOYANG@KUIH LOYANG@KUIH ROS@KUIH SARANG TEBUAN???ngeee.....o_O

Semalam Onie buat kuih ros ni...mak aiiii...patah pinggang Onie sebab berdiri terlalu lama. Dan lebih dramatiknya....Onie dah siap dengan 1 adunan, Onie boleh buat lagi 1 adunan tuuu.....tatau la knp begitu sadisnya Onie bertindak. Dah tau sakit pinggang..lagi nak buat. Bukan Onie makan sngt pun. Buktinya dah tinggal separuh dah kuih yang Onie buat tu. Paling x sanggup ialah...Raya Haji ni...Onie xde kuih walaupun Onie beriya-iya buat.

Bahan-bahannya:
250 gm tepung beras
200 ml santan
Sedikit air untuk cukupkan cair
5 sudu makan gula
1 biji telur
Minyak - sediakan sikit dalam periuk, cukup untuk rendam acuan
Minyak - banyak untuk gorengan

Cara:
1. Satukn tepung beras, gula, telur dan sntan dalm blender. Blender sampai halus.
2. Masukkn adunan dalam mangkuk.
3. Panaskan periuk yang ada sedikit minyak dan rendam acuan tujuannya nak cukup panaskan dia.
4. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng.
5. Celupkan acuan yang dah cukup panas dalam adunan, pastikan jangan celup keseluruhan acuan sebab nanti x boleh nak tanggalkan.
6. Celupkan adunan yng telah bersalut pada acuan tadi, celupkan pada minyak dalam kuali.
7. Goyangkn acuan supaya adunan cicir dengan sendirinya, atau cungkilmsedikit dengn lidi bersih.
8. Buat sampai habis.





Jumaat, 12 Oktober 2012

PES TOMYAM

Bahan:
1/2kg tomato
30 biji cili api(jgn cili api kmpung nanyi x blh nak kawal tahap pedas)
1 inci lengkuas
30 ulas bawang putih
5 batng serai
Rm1 akar daun ketumbar (onie masuk sekali ngan daun2nya)
5 helai daun limau purut
(Blend semua sekali halus2)
Gunakan 1 cawan minyak, panaskan, tumis baan blender hingga betul2 masak dan garing.

Bila dah sejuk, tapis minyak dan simpn dalam peti ais. Boleh guna 2 kali. Bila nak guna...tumis pes, serai ketuk, lengkuas ketuk, bawang holland, daun limau purut, perah air limau, dan bahan2 yng disukai. Makan panas2...mmg sedap. Tayah lagi nak g mkn tomyam kat luar..buat sendiri....o_O


Jumaat, 5 Oktober 2012

PETAI GORENG PEDAS

Bahan:
5 ppan petai ambil isi
Semangkuk ikan bilis goreng garing
1/2 cawan cili api
1 labu bawang besar
1 ulas bawng putih dititik
1 keping asam keping
Minyak untuk menumis (lebih kurang 3/4 cawan)

Cara :
1. Tumis cili api yang ditumbuk dgn bawang putih sampai garing. Masukkan bawang besar yang dimyang.
2. Masukkn petai dan goreng lebih kurang 5 minit.
3. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing, hidangkan.


SOTONG MASAK LEMAK CILI API

Bahan
1 kg sotong bersih dan potong ikut suka
Segenggam cili api mesen
1 sudu kecik kunyit serbuk
3 batang serai dititik
6 helai daun limaunpurut di hiris halus
Semangkuk santan pekat
Garam secukupnya

Cara:
1. Masak sotong dengan cili mesen dan serai hingga sedikit kering.
2. Masukkan sntan dan masak dengan api yg plahan.
3. Perasakn dengan garam.
4. Bila dah yakin masak,mtutup api dan hidang.


SOTO AYAM

Bahan:
Nasi impit yang cukup (prepare sehari sbm buat sup soto)
Pergedil

Rempah soto
1sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 btg kulit kayu mnais
2 kuntum bunga lawan
3 biji buah pelaga
(Semua di sangrai dan ditumbuk, masukkan dan bujutkan dalm kain muslin)
- atau beli je rempah ready made soto ayam dri onie..heheheh...

3 inci halia - tumbuk sikit
2 inci lengkuas - tumbuk sikit
2 sudu kecil kunyit serbuk
2 kiub pati ayam
Garam secukup rsa
2 btg serai - tumbuk sikit

Bahan tumis : 4 bji bawang merah dan 2 biji bawng putih.

Minyak untuk menumis
1/2 ekor ayam
Taugeh dicelur
Daun sup dimyang
Sedikit bawang grg
Suon - digrg
Kacang tanah - digrg
1.5 liter air
Kicap pedas - blender kicap dgn cili api

CARA
1. Rebus ayam dalam 1.5 liter air 20 minit. Keluarkan ayam, sejukkan dan siat2 halus. Ketepikn.
2. Dalam rebusan ayam tadi masukkan halia, lengkuas, serai, dan bahan rempah. (Kalau rempah soto, hanya cairkan dgn air, masukkan dlm periuk.
3. Tumis bawng hingga wangi dalam kuali lain, masukkan dalamnperiuk sup dengan minyak sekali.
4. Sambil tu, gorengla kacang....suon...stimkan toge. Dan hidang dalam pinggan yg sesuai.
5. Goreng pergedil. Celup pergedil dgn telur dan goreng hingga perang.
6. Tulang ayam selepas dihiris, masukkan dalam periuk sup, renih sup.
7. Hidang soto dengan kicap pedas dan nasi impit...mmg sedapppppp!

PERGEDIL
5 biji kentang
1/4 kg daging
Semuanya direbus sampai masak dn empuk, lepas tu kentang ditumbuk, daging diblender.

Campur dgn, 1 cawan bwg goreng, 1/2 cawang daun sup, 1 sudu serbuk pala, 1 sudu kecil garam, gaul dgn kentang dan daging.
Kepalkan dan penyetkan dia, goreng celup dgn telur.