Ahad, 21 Oktober 2012

BUAH ROTAN@BUAH REDAN@.......♥♥

Emm....Onie juga berusaha buat kuih ni...actually nak kata kuih, macam bukan kuih. Walau apa pun, statusnya tetap dalm kategori kudapan tradisional. Bonda Onie sendiri pun x pernah ajar atau buat kudapan ni. Biasanya, bila hari raya akan ada la yang buat sebab kalau kena caranya, memang sedap. Yang menjadi trauma kepada ramai orang ialah kerana dikatakan bila nak menggorengnya meletup dia. Tapi alhamdulillah, Onie xde pulak meletup2 di masa menggoreng tu. Meh kita buat kuih yang memohon tingkat kesabaran yang tinggi kalau buat sorang2 sebab, memang mengantuk dan mcam x siap2.

Bahan:
400 gm tepung pulut
200 ml santan (guna santan kotak)
1 biji telur
5 sudu gula (gaul dengan tepung pulut)
Minyak yang banyak untuk menggoreng
Bijan yng secukupnya

Cara:
1. Campur semua bahan, kecuali minyak.
2. Jdikan doh hingga tepung diuli x melekat pada tangn.
3. Buat bulat2 kecil dan golekkan dalam bijan.
4. Buat sampai habis.
5. Pastikan jangan bebola kecil tu semkin besar ye....hhehe!
6. Goreng hingga kuning.
7. Tunggu sejuk betul2 baru boleh makan atau simpan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan