Jumaat, 5 Oktober 2012

SOTO AYAM

Bahan:
Nasi impit yang cukup (prepare sehari sbm buat sup soto)
Pergedil

Rempah soto
1sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 btg kulit kayu mnais
2 kuntum bunga lawan
3 biji buah pelaga
(Semua di sangrai dan ditumbuk, masukkan dan bujutkan dalm kain muslin)
- atau beli je rempah ready made soto ayam dri onie..heheheh...

3 inci halia - tumbuk sikit
2 inci lengkuas - tumbuk sikit
2 sudu kecil kunyit serbuk
2 kiub pati ayam
Garam secukup rsa
2 btg serai - tumbuk sikit

Bahan tumis : 4 bji bawang merah dan 2 biji bawng putih.

Minyak untuk menumis
1/2 ekor ayam
Taugeh dicelur
Daun sup dimyang
Sedikit bawang grg
Suon - digrg
Kacang tanah - digrg
1.5 liter air
Kicap pedas - blender kicap dgn cili api

CARA
1. Rebus ayam dalam 1.5 liter air 20 minit. Keluarkan ayam, sejukkan dan siat2 halus. Ketepikn.
2. Dalam rebusan ayam tadi masukkan halia, lengkuas, serai, dan bahan rempah. (Kalau rempah soto, hanya cairkan dgn air, masukkan dlm periuk.
3. Tumis bawng hingga wangi dalam kuali lain, masukkan dalamnperiuk sup dengan minyak sekali.
4. Sambil tu, gorengla kacang....suon...stimkan toge. Dan hidang dalam pinggan yg sesuai.
5. Goreng pergedil. Celup pergedil dgn telur dan goreng hingga perang.
6. Tulang ayam selepas dihiris, masukkan dalam periuk sup, renih sup.
7. Hidang soto dengan kicap pedas dan nasi impit...mmg sedapppppp!

PERGEDIL
5 biji kentang
1/4 kg daging
Semuanya direbus sampai masak dn empuk, lepas tu kentang ditumbuk, daging diblender.

Campur dgn, 1 cawan bwg goreng, 1/2 cawang daun sup, 1 sudu serbuk pala, 1 sudu kecil garam, gaul dgn kentang dan daging.
Kepalkan dan penyetkan dia, goreng celup dgn telur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan