Jumaat, 26 Oktober 2012

SOTO AYAM AIDIL ADHA

Bahan-bahan:
A
Nasi impit - beli yg segera@buat sendiri - rebus sempurna dan potong ikut suka.

B
1/2 ekor ayam
2 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit - nak jadikan soto nmpak cantik
- rebus semua bahan B selama 20 minit....lepas 20 minit, keluarkan ayam, goreng sekejap, siat2 halus dan ketepikan.
- sementara biarkn sup merenih dengan api perlahan.

C
1 sudu jintn manis
1 sudu jintan putih
2 sudu ketumbar
1 inci kayu manis
2 pelaga
3 cengkih
2 lawang
- sangrai semua bahan C (grg tanpa minyak) hingga naik bau, blend masa panas2....bungkus dalam kain muslin dan buat mcm sup bunjut
-masukkan rempah2 ni dan renih selama 20 minit, lepas 20 minit, keluarkan....renih lagi sup terus.

D
7 ulas bawang merah - mayang
2 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
3 inci halia dititik
2 batang serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
1/2 cawan minyak untuk menumis
- tumis bahan D, dah wangi semerbak...masukkan dalam sup. Masuk dgn minyak sekali.

♡renih sempurna dan perisakan, masukkan 2 kiub pati ayam. Jgn byk masukkan garam..nanti terlalu masin.

PERGEDIL
1 bungkus daging cincang - basuh, tos dan rebus sekejap, tapis lepas rebus. Masukkan dalam bekas lain.
5 biji ubi kentang - rebus sampai empuk, tumbuk dan masuk sekali dalam daging.
1/2 peket bawang goreng
Rm2 daunsup dan daun bawang, hiris halus, masukkan dalam daging
Sedikit serbuk pala
Sedikit garam
- satukan semua bahan, kepal2kan dan bentukkan bulat2 kemudin leperkan.
- bila nak goreng, celupkan dengan telur dulu.

♥♥ Bila semua dah siap, hidangkan soto dengan
Taugeh celur
Daun sup dan daun bawang mayang halus
Bawang goreng
Pergedil
Kicap pedas
Kacang tanah goreng
Suon goreng
Nasi impit
Hirisan ayam
♥♥ makan mesti x ingat orangggg.........nampak susah tapi sngt berbaloi! ♥


Tiada ulasan:

Catat Ulasan