Khamis, 7 Jun 2012

Masak Lomak Cili Api Ayam

Semalam Onie tak dapat nak mencatat apa-apa pun. Onie pergi sekolah dan siapkan kerja Onie, lebih kurang 3 ke 4 jam jugak la..rupa-rupanya banyak benda Onie kena buat, sambil-sambil tu Onie kemas-kemas juga lah meja Onie yang baru diterima....kemaskan fail-fail dan buku-buku, jangan nampak bersepah sangat.
Balik, Onie terus capai kuali belanga (cili api sebenarnya), masak-masak. Lauk memang dah ada, so Onie terus je laju-laju, dan tak sampai 2 jam semua beres dan boleh makan tengahari. Onie buat gulai ayam dengan kentang dan juga goreng peria(kambas) garing (feveret Onie ni sejak Onie mula merasa di USM ~ Onie kan mahasiswa tahun 1 di USM).

Ni la dia Gulai Ayam dengan kentang masak cili api Onie :

Resipinya ~
Gulai Ayam dengan kentang masak cili api
bahan-bahan
1 ekor ayam dibersihkan (potong kecil-kecil ikut suka)
semangkuk cili api dimesen (kalau tak makan pedas, kurangkan kuantiti cili api)
1 sudu kecil serbuk kunyit hidup@1 inci kunyit basah dimesen dengan cili api
 mangkuk santan pekat (setengah tu mesen dengan cii api)
3 batang serai diketuk
4 biji ubi kentang, kupas kulit dan potong 2
2 helai daun kunyit dimayang halis
5 helai daun limau purut dimayang halus
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara:
1. Maukkan ayam dan santan+cili api dalam kuali dan hidupkan api. Masak hingga didih.
2. Masukkan serai dan ubi kentang , kecilkan api, selalu kacau nanti santan naik minyak dan melekat.
3. Masukkan garam.
4. Bila dan pekat sikit kuahnya, masukkan 1/2 lagi santan pekat yang tadi, masukkan juga daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.
5. Bila dah masak dan kentang dah empuk, tutup api, hidangkan.

And yang ni pulak, Peria aka Kambas Goreng Rangup yang menjadi feveret Onie. Kalau makan ada lauk lain-lain yang sedap, tetap Peria ni jugak yang sedap sangat kat Onie, and buat Onie bertambah-tambah makan.




Petangnya Onie desided pergi tengok wayang cerita Snow White And The Huntsman. Macam best je Onie tengok iklannya di Facebook. Onie ni memang peminat genre-genre begitu, such as Narnia gitu la. So Onie ajak la my sweet-sweet boy yang berdua tu Haziq dan Fahim ke Alor Setar Mall. Elok je Onie dapat parking kat Alor setar Mall tu walaupun memang banyak sungguh kereta. Banyak yek duit orang-orang ni bershopping sungguhpun hujung-hujung bulan ni.
Onie dengan boy-boy tu pun naik ke tingkat 3...sampai di tingkat 3, Onie memang tak sabar-sabar lagi, tanya kepada Haziq (memang harapkan Haziq belikan tiket), beli la cepat tiketnya, nanti ketinggalan banyak pulak. Kecewa nya Onie, sebab kaunter tiket pun tutup, nak beli tiket macam mana. Then otak Onie ni berputar fikir, sebab memang nak sangat-sangat lah menonton.
Sambil berjalan keluar dari Alor Setar Mall, Onie bagi idea...kita pergi ke City Plaza pulak, cuba disana. So Onie cepat-cepat drive ke City Plaza. Mendengar kata Haziq, parking di tingkat atas sekali senang nanti turun pun tak jauh sangat. So Onie parked kat tingkat 6. Terpaksa guna lif turun ke tingkat 4. Then bila dah sampai ke tempat yang beriya-iya nak tuju tu, sekali lagi Onie hampa sebab tutup jugak. Onie betul-betul tak puas hati, minta Haziq baca makluman kat kaunter tiket. lama juga Haziq baca, rupa-rupanya, panggung wayang di Alor Setar ni hanya buka hingga pukul 5 sahaja setiap Khamis. Adoi.......yela...malam Jumaat kan, kena baca Yaasin, bukan pergi berpoya-poya begini. 

Itulah padahnya.....hingga membawa Onie memuat turun cerita Snow White ni di internet sahaja. Agak susah juga memuat turunnya sebab internet Onie tak laju ~ Onie bukan ambil pakej internet yang mahal untuk tujuan memuat turun.

Onie dah pun menonton, memang lah Onie puas hati. Dari 5 Onie bagi 4 (sebabnya Onie tak berapa suka la cerita yang asyik berada dalam darkness..gelap, tak nampak apa yang berlaku). kata Snow White...mesti dalam salji..cerah-cerah dan snow white yang Onie bayangkan berambut perang, tapi dalam cerita ni berambut hitam puak. Tapi tak apa lah..perkara kecil jetu. Apapun, Snow White dalam cerita ni Onie suka sebab ada kelainan sikit sebab Onie selalu bayangkan Snow White yang ayu serta feminin. Dalam cerita ni Snow White adalah gadis yang cekal dan tabah. Nampak perkasa Snow Whitenya. Yang Onie paling tak puas hati ialah...end of the storynya..siapa yang menjadi pasangan Snow White ~ Huntsman (yang kematian isteri) atau William yang bujang. Memang yang lebih menggadai nyawa adalah Huntsman, tapi William adalah teman lelaki Snow White zaman kecilnya, masih bujang serta sangat kacak. Dan bagaimanapun, mengikut epik, siapa yang mempunyai rasa cinta terhadap Snow White secara ikhlas dan menciumnya, itulah pasangan Snow White. Kedua-dua teman Snow White ini telah menciumnya di waktu yang berasingan....hanya selepas Huntsman menciumnya sahaja baru lah Snow White sedar dari lena selepas makan epal beracun.

So..apa pendapat anda?? Siapa pasangan yang layak untuk Snow White ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan